Tuesday, 29 October 2013

Juzuk 1



Al-Quran 
Al-FATIHAH, 1.
Al-BAQARAH, 1~141.

.
{1} Al-Fatihah,
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Sekelian pujian-pujian kepadaNya Allah, Tuhan bagi sekelian makhluk.
2. Pemurah, Penyayang.
3. Yang mempunyai hari pembalasan
4. Engkaulah yang kami sembah, dan Engkaulah yang kami mintai pertolongan.
5. Unjuklah kepada kami jalan yang lurus,
6. Iaitu  jalan yang Engkau telah beri nikmat atasnya
7. Bukan mereka yang dimurkai atasnya, dan bukan mereka yang sesat.


{2} Al-Baqarah (1~286),
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Alif, Lam, Mim.
2. Kitab itu tidak ada sebarang syak padanya, satu petunjuk jalan bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
3. Yang percaya kepada qhaib, dan mendirikan sembahayang, dan mendermakan sebahagian daripada apa yang kami telah kurniakan kepada mereka.
4. Dan percaya kepada apa yang telah diturunkan kepadamu, dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripada mu, dan mereka yakin kepada hari kemudian.
5. Mereka itu atas pimpinan daripada Tuhan mereka, dan mereka itu ialah orang-orang yang dapat kejayaan.
6. Sesungguhnya orang yang tidak (mahu) beriman itu sama sahaja atas mereka mahupun  engkau ancam mereka atau pun engkau tidak ancam mereka, tidak akan mereka beriman.
7. Allah telah patrikan hati-hati mereka dan atas pendengaran mereka, dan atas pengelihatan mereka ada tutupan, dan adalah bagi mereka azab yang besar.
8. Dan sebahagian deripada manusia ada yang berkata; “kami telah  beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian”, pada hal mereka bukan orang-orang yang beriman.
9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka tidak memperdayakan melainkan diri-diri mereka (sendiri), sedang mereka tidak sadar.
10. Dihati-hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit kepada mereka, dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih dengan sebab mereka telah berdusta.


11. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “Janganlah kamu berbuat rusuh dibumi”, mereka jawab; “kami tidak lain melainkan orang-orang yang berbuat perdamaian”.
12. Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka itu ialah orang-orang yang berbuat perusuhan, tapi mereka tidak sadar.
13. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “berimanlah sebagaimana orang-orang itu telah beriman”, mereka berkata; “apakah kita (mesti) beriman sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman ?”, ketahuilah, bahawa sesungguhnya mereka itu ialah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.
14. Dan apabila mereka bertemu orang-orang yang beriman, mereka berkata; “kami telah beriman, tetapi apabila bersendirian dengan syaitan-syaitan mereka, mereka berkata; “sesungguhnya kami berserta kamu, sesungguhnya kami tidak lain melainkan mengolok-olokkan (mereka itu).
15. Allah akan (balas) memperolok-olokkan mereka dan akan biarkan mereka mengembara buta tuli didalam kesesatan mereka yang melewati batas. 
16. Mereka itu ialah orang-orang yang membeli kesesatan dengan (harga) jalan yang lurus, lantaran itu, tidak akan beruntung perdagangan mereka, dan mereka itu bukan orang-orang yang terpimpin.
17. Perbandingan mereka itu (adalah) sebagai perbandingan orang yang menyalakan api, maka tetakala api menerangi apa-apa yang disekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya mereka, dan ia biarkan mereka didalam gelap gelita (dengan) tidak melihat.
18. Yang tuli, yang bisu, yang buta. Lantaran itu, mereka tidak akan kembali.
19. Atau seperti hujan lebat dari langit yang ada padanya gelap gelita dan guruh dan kilat, sedangkan mereka sumbatkan jari-jari mereka ditelinga-telinga mereka lantaran takut mati dari (suara) petir-petir, tetapi Allah itu pengampun orang-orang yang kafir.
20. Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan-penghilatan mereka, tiap-tiap kali (kilat) itu menerangi mereka, berjalanlah mereka padanya, dan apabila gelap buat mereka, berhentilah mereka, dan jika Allah mahu, nescaya, berhentilah mereka, dan jika Allah mahu, nescaya ia hilangkan pendengaran dan penglihatan-penglihatan mereka, kerana sesunggunya Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.


21. Hai manusia ! sembahlah Tuhan kamu yang menjadikan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu terpelihara,
22. Yang menjadikan untuk kamu, bumi ini (sebagai) hamparan, dan langit itu (sebagai) pendirian, dan ia turunkan air dari langirt lalu dengan itu, ia terbitkan buah-buahan (sebagai) rezeki untuk kamu, lantaran itu, janganlah kamu adakan skutu-skutu bagi Allah pada hal kamu tahu.
23. Dan jika kamu ragu-ragu ditentang apa  yang kami telah turunkan atas hamba kami, maka cubalah kamu bikin satu surah sebanding itu, dan ajaklah pembantu-pembantu kamu, selain daripada Allah, jika memang kamu itu orang-orang yang benar.
24. Lantas kalau kamu sudah tidak dapat membuat, dan tidak akan dapat membuat, maka hendaklah kamu takut kepada neraka yang bakaran nya itu manusia dan batu, yang disediakan untuk orang-orang kafir.
25. Dan girangkanlah orang-orang beriman dan mengerjakan pekerjaan yang baik-baik, bahawa senya mereka akan dapat Syurga-syurga  yang mengalir padanya sungai-sungai, tiap-tiap kali diberi kepada satu pemberian dari satu (macam) buah-buahan (syurga itu), mereka berkata; “Inilah yang telah dijanjikan kepada kita lebih dahulu”, dan diberi kepada mereka (pemberian) itu bermacam-macam, dan mereka akan dapat padanya jodoh-jodoh yang suci, dan mereka akan kekal padanya.
26. Sesungguhnya Allah tidak malu membikin perumpamaan apa sahaja (seperti) nyamuk atau sesuatu yang lebih kecil daripadanya. Ada pun orang-orang beriman, maka mereka tahu bahawa se nya (perumpamaan) itu benar dari Tuhan mereka, dan ada pun orang-orang yang kafir, maka mereka berkata; “apakah yang dikehendaki oleh Allah dengan perumpamaan ini?” ia dapati beberapa banyak (manusia) tersesat dengan (sebab) itu, dan ia dapati beberapa banyak (manusia) terpimpin dengan itu, tetapi ia tidak dapati tersesat dengannya melainkan orang-orang yang pasik.
27. Yang memecahkan perjanjian Allah sesudah ditangguhkannya, dan memutuskan apa yang diperintah oleh Allah supaya dihumban, dan membikin kebinasaan dibumi.
28. Bagaimana (bisa) kaum kafir kepada Allah, pada hal dahulunya, kamu mati, lantas ia hidupkan kamu, kemudian ia matikan kamu, kemudian ia akan hidupkkan kamu, kemuudian kepadanyalah akan dikembalikan kamu-kamu.
29. Ialah yang telah jadikan untuk kamu, sekelian yang ada dibumi, dan ia telah menghidup  kepihak  atas, lalu ia jadikan dia tujuh langit, dan ia amat mengetahui tiap-tiap sesuatu.
30. Dan (ingatlah) tetakala Tuhan mu berkata kepada melaikat; “sesungguhnya  Aku hidup jadikan seseorang khalifah dibumi” maka berkata; “apakah engkau mahu jadikan padanya makhluk yang akan berbuat bincana padanya dan akan menumpahkan darah,  pada hal kami berbakti dengan memuji mu dan memuliakan mu ?” ia berkata; “sesungghnya aku amat mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui.


31. Dan dia telah ajarkan kepada Adam keterangan-keterangan itu semuanya, kemudian ia tunjuk kan benda-benda itu kepada melaikat seraya berkata; “berilah tahu kepada  ku keterangan-keterangan (bagi benda-benda) ini jika memang kamu itu makhluk yang benar.
32. Mereka menjawab; “maha cuci Engkau ! kami tidak mempunyai pengetahuan melainkan  apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami, kerana sesunggunya Engkaulah yang amat mengetahui, yang bijak sana”.
33. Ia berkata; “Hai adam ! khabarkanlah kepada mereka keterangan-keterangan (bagi benda-benda) itu”. Maka setelah ia khabarkan kepada mereka keterangan-keterangan itu, ia berkata; “bukankah aku telah berkata kepada kamu, bahawa senya aku amat mengetahui rahsia langit-langit dan bumi, dan aku amat mengetahui apa-apa yang kamu nyatakan dan apa-apa  yang kamu rahsiakan?”.
34. Dan (ingatlah) tetakala kami berkata kepada melaikat; “tunduklah bagi adam”, maka mereka tunduk, tetapi iblis enggan dan menyombong, kerana adalah ia daripada  makhluk-makhluk yang kafir.
35. Dan kami berkata; “Hai adam ! tinggal lah engkau dan isterimu, dijanah ini, dan makanlah daripada nya sepuas-puasnya dan suka-suka kamu berdua, tetapi janganlah kamu berdua hampiri pohon ini, kerana kamu berdua akan jadi orang-orang yang menginyayi”.
36. Maka syitan itu telah gelincirkan mereka berdua daripada (taat) itu, hingga menyebabkan mereka berdua dikeluarkan daripada keadaan (baik) yang mereka sudah ada padanya, dan kami berkata; “pargilah kamu, didalam keadaan sebahagian daripada kamu jadi seteru bagi sebahagian, dan kamu akan dapat  dibumi itu satu tempat ketetapan dan bekalan hingga satu masa”.
37. Sesudah itu, adam telah terima apa perkataan dari Tuhan nya, lalu Ia ampunkan dia, kerana sesunggunya Allah itu ialah pengampun, penyayang.
38. Kami berkata; “pergilah sekelian dari (janah) itu, kemudian, jika datang kepada kamu satu pertujuk daripada ku, maka sesiapa yang turut petunjuk itu, tidaklah ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka dukacita.
39. Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu ialah ahli neraka yang akan kekal padanya.
40. Hai bani Israel ! ingatlah nikmatKu  yang Aku telah kurniakan atas kamu, dan sempurnakanlah perjanjian ku, nescaya aku sempurnakan perjanjian kamu, dan akulah semata-mata hendaknya kamu takuti.


41. Dan hendaklah kamu beriman kepada barang yang aku telah turunkan, menyetujui apa yang  ada pada kamu dan janganlah kamu jadi orang-orang yang mula-mula kufur kepadanya, dan janganlan kamu jual perintah-perintah Ku dengan harga  yang sedikit, dan Akulah semata-mata hendaknya kamu takuti.
42. Dan janganlah kamu samarkan yang benar dengan yang lencong, dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, pada hal kamu ketahui.
43. Dan dirikanlah sembahayang, dan keluarkanlah  zakat, dan tunduklah berserta orang-orang yang tunduk.
44. Adakah (patut) kamu menyuruh manusia berbuat  kebaikan, pada hal kamu lupakan diri-diri kamu sedang  kamu membaca kitab (agama kamu) kalau begitu, apakah kamu tidak mengerti ?
45. Dan  mintalah pertolongan dengan sabar dan (dengan) sembahayang, kerana sesungguhnya hal itu memang berat melainkan atas orang-orang yang merendah diri.
46. Yang percaya bahawa sesungguhnya mereka akan bertemu Tuhan mereka, dan (percaya) bahawa sesungguhnya kepada Nya lah mereka akan kembali.
47. Hai Bani Israel ingatlah nikmatKu yang pernah Aku kurniakan atas kamu, dan (ingatlah) bahawa senya Aku pernah muliakan kamu atas bangsa-bangsa.
48. Dan takutlah pada satu hari yang satu jiwa tidak akan dapat melepaskan sesuatu apa pun daripada satu jiwa, dan tidak bakal diterima permohonan daripadanya dan tidak bakal diterima penebusan daripada nya, dan mereka tidak akan diberi pertolongan.
49. Dan (ingatlah) tetakala kami selamatkan kamu daripada kaum firaun yang kenakan kepada kamu seksaan yang pedih, (iaitu) mereka bunuh anak-anak lelaki kamu, dan mereka biarkan hidup (anak-anak) perempuan kamu, pada hal ditentang yang demikian, ada satu percubaan yang besar daripada Tuhan kamu.
50. Dan (ingatlah) tetakala kami belahkan laut untuk kamu, lalu kami selamatkan kamu, dan kami karamkan kaum firaun, sedang kamu melihat.


51.  Dan (ingatlah) tetakala kami janjikan kepada Musa empat puluh malam. Kemudian sudah ia (pergi), kamu sembah anak sapi itu, kerana kamu orang-orang yang menganyayi.
52. Kemudian sesudah itu, kami telah ampunkan kamu, supaya kamu menerima kasih.
53. Dan (ingatlah) tetakala kami beri kepada Musa kitab itu dan (hari) ketentuan supaya kamu terpimpin.
54. Dan (ingatlah) tetakala Musa berkata kepada kaumnya; “hai kaumku ! sesungguhnya kamu telah menganyayi diri-diri kamu. Dengan sebab menyembah anak sapi. Lantaran itu, mintalah  ampun kepada Tuhan kamu dan bunuhlah diri-diri kamu : yang demikian itu, baik buat kamu pada sisi Tuhan  kamu”  lantas ia ampunkan kamu, kerana sesungguhnya ialah pengampun, penyayang.
55. Dan (ingatlah) tetakala kamu berkata; “hai Musa ! tidak akan kami beriman kepada mu hingga kami lihat Allah dengan terang” lantaran itu, kamu ditimpa gempa, pada hal kamu melihat.
56. Kemudian, kami bangkitkan kamu daripada maut kamu, supaya kamu menerima kasih.
57. Dan kami telah teduhkan diatas kamu (dengan) mega, dan  kami telah turunkan atas kamu MAN dan SALWA; “makanlah sebahagian dari (makanan-makanan) baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan mereka itu tidak menganyai diri-diri mereka sendiri.
58. Dan (ingatlah) tetakala kami berkata; “masuklah kenegeri  ini, lalu makanlah daripadanya sebahagian kamu kehendaki sepuas-puasnya, dan masuklah kepintu (nya) dengan merendah diri, dan mintalah keampunan dosa, nescaya kami ampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu, dan nanti kami tambah (ganjaran) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.
59. Lantas orang-orang yang durhaka itu gantikan perintah (dengan perbuatan) yang tidak diperintahkan kepada mereka, lalu kami turunkan atas orang-orang yang derhaka itu seksaan dari langit dengan sebab mereka melanggar (perintah).
60. Dan (ingatlah) tetakala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka kami berkata; “pukul lah batu itu dengan tongkat mu” lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya tiap-tiap satu golongan itu tahu tempat minum nya;  “makan dan minumlah daripada pemberian Allah, dan janganlah kamu melewati batas, membikin rusuh dibumi”.


61. Dan (ingatlah) tetakala kamu berkata; “Hai Musa ! kami tidak bakal tahan sabar dengan satu macam makanan, oleh sebab itu, serulah Tuhan mu, kerana kami, supaya ia beri bagi kami (bahagian) daripada apa yang diterbitkan oleh bumi, dari  sayurnya dan timun nya dan bawang putih nya dan kacang nya dan bawang merah nya.  Ia berkata; “Adakah (patut) kamu menukar yang amat hina dengan yang amat baik ?”,  “masuklah kesatu negeri, maka kamu akan dapati (disana) apa yang kamu minta”, dan diturunkan  atas mereka itu kehinaan dan kerendahan, dan patutlah sudah mereka dapat kermurkaan dari Allah, yang demikian itu ialah dengan sebab mereka kufur kepada perintah Allah dan mereka bunuh Nabi-nabi dengan tidak benar,  yang demikian ini ialah dengan sebab mereka durhaka dan mereka melewati batas.
62.  Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beragama yahudi dan nasrani dan orang yang menukar agama, barang siapa (dari mereka) beriman kepada Allah dan hari kemudian dan mengerjakan amal yang baik, maka mereka akan dapat ganjaran mereka dari Tuhan mereka, dan tidak ada sebarang ketakutan atas mereka dan tidak bakal mereka dukacita.
63. Dan (ingatlah) tetakala kami bikin perjanjian dengan kamu, pada hal kami telah tinggikan gunung itu diatas kamu; “peganglah sungguh-sungguh apa yang kami beri kepada kamu, dan perhatikanlah apa yang ada padanya, supaya kamu terpilihara daripada kejahatan.
64. Kemudian, sesudah  yang demikian, kamu berpaling, maka sekiranya tidak ada kurnia Allah dan kasihan nya atas kamu, nescaya adalah kamu sebahagian daripada orang-orang yang rugi.
65. Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui orang-orang yang melanggar perintah pada hari kelapangan, lantas kami berkata mereka; “jadilah kera-kera yang dibenci”.
66. Maka kami jadikan(kaum-kaum) itu suatu contoh bagi mereka yang semasa dengannya dan bagi yang dibelakang daripadanya, dan sebagai suatu peringatan bagi orang-orang yang berbakti.
67. Dan (ingatlah) tetakala Musa berkata kepada kaumnya; “sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu sembelih seekor sapi betina”.  Mereka berkata; “adakah engkau jadikan kami ini permainan-permainan”, ia jawab;  “aku berlindung kepada Allah daripada jadi seorang dari mereka yang bodoh”.
68. Mereka berkata; “serulah Tuhan mu, kerana kami, supaya ia terangkan kepada kami bagaimana (umur) sapi”,  ia berkata; “bahawa se nya ia beriman”, “sesungguhnya iaitu sapi betina yang tidak sangat tua dan tidak sangat muda, yang serdahana antara yang tersebut, maka kerjakan lah apa yang kamu diperintah.
69. Mereka berkata; “serulah Tuhan mu, kerana kami, supaya ia terangkan kepada kami apa warna nya”, ia berkata; “bahawa se nya ia berfirman; “sesungguhnya yaitu sapi betina yang kuning warna nya kuning sangat, menyenangkan mereka melihat nya”.
70. Mereka berkata; “serulah Tuhan mu, kerana kami, supaya ia terangkan kepada kami bagaimana (hal) sapi itu, kerana sesungguhnya  sapi-sapi itu kesamaran kepada kami, dan sesunggunya kami jika dikenendaki oleh Allah akan dapat pertunjuk kan”.


71.  Ia berkata; “bahawa se nya ia berfirmah: “sesungguhnya iaitu sapi betina yang tidak digunakan untuk menenggala tanah, dan tidak membuat sawah, tidak ada bercacat, tidak ada belang padanya, mereka berkata: “sekarang engkau telah unjuk kan keterangan” lalu mereka sembelih akan dia, pada hal hampir-hampir mereka tidak kerjakan.
72. Dan (ingatlah) tetakala kamu bunuh sesuatu jiwa, kemudian kamu bertuduh-tudahan tentang itu, pada hal Allah hendak keluarkan apa yang kamu sembunyikan.
73. Maka kami berkata;  “pukullah dia dengan sebahagian daripada itu”. Bagitulah (mudah) Allah menghidupkan orang-orang yang mati, dan (bagitulah ia) menunjukkan kepada kamu kekuasaan nya, supaya kamu mengerti.
74. Kemudian sesudah itu, hati-hati kamu jadi keras, maka iaitu seperti batu-batu atau terlebih sangat keras, pada hal sesungguhnya sebahagian daripada batu-batu ada yang terpancar daripadanya beberapa aliran air, dan sesungghnnya sebahagian beberapa aliran air, dan sesungguhnya sebahagian daripada nya ada yang terbelah, lantas keluar air daripadanya, dan sesungguhnya sebahagian daripadanya ada yang runtuh kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
75. Maka adakah  kamu harap, bahawa mereka itu akan turut kepada kamu, pada hal sesungguhnya telah ada sebahagian daripada mereka itu mendengar firman Allah, kemudian mereka ubah akan dia sesudah mereka mengerti, sedang mereka mengetahui ?
76. Dan apabila mereka bertemu orang-orang yang beriman, mereka berkata;  “kami telah beriman” dan apabila sebahagian daripada mereka berjumpa dengan sebahagian mereka berkata; “Adakah patut kamu ceritakan  kepada mereka itu apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu, kerana dengan itu, nanti mereka mendakwa kamu dihadpan Tuhan kamu ?,  Apakah kamu tidak berfikiran ?”.
77. Pada hal tidak kah mereka ketahui bahawa se nya Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka terangkan ?
78. Dan sebahagian daripada mereka itu, orang-orang yang tidak kenal tulisan, tidak mereka tahu (apa yang dikatakan) kitab (agama) melainkan dongengan-dongengan, dan tidak mereka (berpengetahuan) melainkan mereka sangka-sangka.
79. Maka kecelakaan itu bagi orang-orang yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka,  kemudian mereka berkata; “ini dari sisi Allah”, kerana mereka hendak mendapat, dengan itu, sedikit wang, maka kecelakaan itu (tetap) bagi mereka.  Oleh sebeb apa yang telah ditulis oleh tangan-tangan mereka,  dan kecelakaan itu (tetap) bagi mereka, lantaran (hasil) yang mereka dapat.
80. Dan mereka berkata; “api (neraka) itu tidak bakal menyentuh kami melainkan beberapa hari sahaja”. Tanyalah; “sudahkah kamu bikin perjanjian pada sisi Allah, yang oleh itu, Allah tidak akan menyalahi janjinya,  atau kah kamu bikin palsu atas (nama) Allah, (khabaran) yang kamu (sendiri) tidak tahu ?”.


81. Tidak bagitu ! (tetapi) barang siapa mengerjakan kejahatan, pada hal dosanya meliputi akan dia, maka orang-orang ahli neraka yang mereka akan kekal padanya.
82. Dan orang-orang yang telah beriman serta kerjakan (pekerjaan) yang baik-baik itu ialah ahli syurga yang mereka akan kekal pada nya.
83. Dan (ingatlah) tetakala kami bikin perjanjian dengan bani  Isreal; “tidak boleh kamu sembah melainkan Allah, dan buatlah kebaikan kepada ibu bapa dan keluarga yang hampir dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan ucapkan lah perkataan yang baik-baik kepada manusia, dan dirikanlah sembahayang dan  keluarkan lah zakat”. Kemudian, kamu berpaling  --  kecuali sebahagian kecil daripada kamu  --  pada hal kamu tidak memperdulikan.
84. Dan (ingatlah) tetakala kami bikin perjanjian dengan kamu; “tidak boleh kamu tumpahkan darah (diantara) kamu, dan tidak boleh kamu keluarkan kaum kamu daripada kampung-kampung kamu”. Kemudian, kamu telah sanggup, padahal kamu menyaksikan.
85. Kemudian, kamu (ini) serupa mereka itu, kamu  bunuh (kaum) kamu, dan kamu keluarkan sebahagian daripada (kaum) kamu dari kampung-kampung mereka, kamu berbantu-bantuan (dengan orang-orang lain) atas mencelakakan mereka itu dengan anyayai dan melewati batas, pada hal jika mereka datang kepada kamu sebagai  orang-orang tawanan, lantas kamu tebus akan mereka, sedang mengeluarkan mereka itu telah diharamkan atas kamu. Apakah kamu percaya sebahagian (sahaja) daripada kitab dan tidak percaya sebahagian (lain) ? Oleh sebab itu, bukankah tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia ini, dan pada hari kiamat, dicampakkan mereka kedalam  sepayah-payah  seksaan ? dan tidak (sekali-sekali) Allah lalai dari apa yang kamu kerjakan.
86. Mereka itu orang-orang yang membeli kehidupan dunia (ini) dengan (harga) akhirat, oleh itu tidak bakal diringankan seksaan daripada mereka, dan mereka tidak bakal diberi pertolongan.
87. Dan sesungguhnnya kami telah beri kitab kepada Musa, dan kami  iringkan dibelakang nya dengan beberapa rasul, dan kami telah beri keterangan-keterangan yang nyata kepada Isa anak Mariam, dan kami telah kuatkan dia dengan roh  al-kudus.   Maka adakah (patut) tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang rasul dengan  (membawa)  apa yang tidak disukai oleh nafsu-nafsu kamu, lantas kamu menyumbong, iaitu kamu dustakan  sebahagian nya dan kamu bunuh sebahagian ?
88. Mereka berkata; “hati-hati kami (ini) perbendaharaan (ilmu), dilaknat oleh Allah dengan sebab kekufuran mereka oleh itu sedikit sekali mereka beriman.
89. Dan tetakala datang kepada mereka itu sebuah kitab dari Allah, yang  menyetujui (khabaran) yang ada pada mereka – pada hal sebalum ini, biasa mereka memohon kemenangan (dari Allah) untuk mencelakakan orang-orang kafir – maka tetakala datang kepada mereka apa yang mereka kenal  (kebenaran nya). Oleh itu, kemurkaan Allah (turun) atas orang-orang yang kafir.
90. Alangkah busuknya (harga) yang dengan itu mereka jual diri-diri mereka, iatu bahawa mereka kufur kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki, bahawa Allah turunkan wahyu nya kepada orang-orang yang ia kehendaki daripada hamba-hamba nya.  Oleh itu,  pantaslah mereka mendapat kemurkaan atas kemurkaan, dan orang-orang kafir itu akan mendapat seksaan yang pedih.


91. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “berimanlah kepada (agama) yang diturunkan oleh Allah”, mereka menjawab; “kami (mahu) beriman (hanya)  kepada apa yang diturunkan kepada kami “, dan mereka tidak mahu percaya  yang lain dari itu, pada hal iaitu yang sebenarnya  menyetujuinya (kabaran) yang ada di (kitab) mereka. Tanyalah; “kalau bagitu, mengapakah kamu bunuh pesuruh-pesuruh Allah dahulu dari ini jika memang kamu itu orang-orang yang beriman ?
92. Dan sesungguhnya telah datang Musa kepada kamu dengan (membawa) beberapa keterangan, kemudian, sesudah ia (pergi), lalu kamu sembah akan sapi, lantaran kamu orang-orang yang menganyayai.
93. Dan (ingatlah) tetakala kami bikin perjanjian dengan kamu, pada hal kami telah tinggikan gunung itu diatas kamu; “peganglah dengan sungguh-sunguh apa yang kami beri kepada kamu, dan turutlah”.  Mereka berkata; “kami dengar dan kami derhaka” kerana telah dimeserakan akan (ibadat) anak sapi itu dihati-hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka.  Katakan lah; “alangkah busuknya (ibadat)” yang agama kamu perintah  kamu kerjakan dia, jika memang kamu itu orang-orang yang beriman!”.
94. Katakan lah; “jika memang (kesenangan) negeri  akhirat disisi Allah itu, tertentu untuk kamu, tidak bagi orang-orang (lain), maka (cubalah) kamu cita-cita kematian, jika memang kamu itu orang-orang benar.
95. Dan tidak bakal mereka cita-cita (kematian) itu sekali-sekali dengan sebab apa yang telah dikerjakan oleh tangan-tangan mereka, dan Allah itu amat mengetahui orang-orang yang menganyanyai.
96. Dan sesungguhnya engkau akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia atas (mahu) hidup, dan (lebih tamak) daripada orang-oranng yang musrik, suka seseorang daripada mereka itu supaya dipanjangkan umurnya seribu tahun, pada hal panjang umurnya itu tidak akan menjauhkan dia dari (kena) seksa, dan Allah amat melihat apa yang mereka kerjakan.
97. Katakan lah; “barang siapa jadi musuh bagi Jibril (maka celakalah dia), kerana sesungguhnya ia turunkan (quran) itu dihatimu dengan perintah Allah menyetujui (isi kitab) yang ada dihadapan nya, dan (sebagai) satu petunjukkan dan satu khabaran gembira bagi orang-orang mukmin”.
98. Barang siapa jadi musuh bagi Allah dan melaikatnya dan rasul-rasul nya dan jibril dan mikail, maka sesungguhnya Allah itu musuh bagi orang-orang yang kafir.
99. Dan sesungguhnya kami telah turunkan kepada mu beberapa keterangan yang nyata, dan tidak akan kufur kepadanya melainkan orang-orang yang derhaka.
100. Dan adakah (patut) tiap-tiap  kali mereka bikin satu perjanjian, (lantas) dilimparkan oleh segulungan daripada mereka ? bahkan kebanyakan dari mereka itu tidak beriman.


101. Dan tetakala datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah yang menyetujui (khabaran) yang ada (kitab) mereka (tiba-tiba) segolongan daripada orang-orang  yang diberi kitab itu membuang kitab Allah  kesebelah belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui.
102. Dan mereka turut apa-apa yang diceritakan oleh syaitan-syaitan ditentang kerajaan Sulaiman, pada hal Sulaiman tidak kufur, tetapi syaitan-syaitan itu yang kufur.  Mereka ajarkan (ilmu)  sihir kepada manusia, dan (ilmu) yang diturunkan kepada dua orang Malik di Babil, (bernama) Harut dan Marut, pada hal mereka berdua tidak mengajar seseorang melainkan sesudah berkata; “kami ini tidak lain melainkan satu percubaan. Lantaran itu, janganlah engkau kufur”. Tetapi mereka belajar daripada dua orang (mulk) itu (ilmu) buat menceraikan antara suami dan isteri nya.  Dan mereka tidak bisa membahayakan sesoang melainkan  dengan izin Allah, tetapi mereka telah belajar apa yang membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat bagi mereka, pada  hal mereka itu tahu, bahawa se nya orang yang menggunakan (sihir)  itu tidak mempunyai bahagian baik di akhirat, dan alangkan busuknya suatu (harga) yang dengan itu mereka jual diri-diri mereka, jika mereka tahu.
103. Pada hal jika sesungguhnya mereka beriman dan berbakti, nescaya  adalah ganjaran dari Allah itu terlebih baik, jika mereka tahu.
104. Hai orang yang beriman !  janganlah kamu berkata; “tunggu sembentar” tetapi katalah “berilah tempoh kepada kami” dan dengarlah, kerana adalah bagi orang-orang kafir itu seksaan yang pedih.
105. Orang-orang kafir dari ahli kitab dan  orang-orang musrikin tidak suka bahawa diturunkan atas kamu kebaikan dari Tuhan kami, pada hal Allah menguntukkan rahmatnya atas siapa-siapa yang ia  sukai, kerana Allah itu mempunyai pemberian yang luas.
106. Mana-mana ayat yang kami mansuhkan dia atau kami lupakan dia, kami gantikan dengan yang lebih baik daripadanya atau serupanya. Tidak kah engkau ketahui, bahawa se nya Allah itu amat berkuasa atas tiap-siap sesuatu ?
107. Tidakkah engkau ketahui bahawa se nya Allah lah yang mempunyai kerajaan langit-langit dan bumi, dan kamu tidak mempunyai  pengawal dan penolong lain daripada Allah ?
108. Apakah kamu hendak bertanya kepada Rasul kamu sebagaimana ditanya Musa dahulu dari ini, pada hal barang siapa menukar iman dengan kekufuran, maka sesungguhnya sesatlah ia (dari) jalan yang lurus ?
109. Kebanyakan dari ahli kitab yang suka hendak memalingkan kamu jadi kafir sesudah kamu beriman, lantaran dengki dari hati-hati mereka sesudah ternyata kebenaran kepada mereka, lantaran itu, ampunkan lah dan biarkan lah hingga Allah unjukkan kekuasaan nya, kerana sesungguhnya Allah  itu amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
110. Dan dirikan lah sembahyang dan keluarkan lah zakat, kerana apa-apa amal baik yang kamu sediakan untuk diri-diri kamu, nanti kamu dapati (ganjaran) – nya  disisi Allah, kerana sesungguhnya Allah itu amat melihat apa-apa yang kamu kerjakan.


111.  Dan mereka berkata; “tidak akan masuk syurga melainkan siapa-siapa yang  jadi yahudi atau nasrani”.  Yang demikian itu (hanyalah)  angan-angan mereka.  Katakan lah  “unjuk kan lah keterangan kamu jika memang kamu orang-orang yang benar”.
112. Bahkan barang siapa serahkan dirinya kepada Allah, pada hal ia berbuat baik, maka ia akan dapat ganjaran nya disisi Tuhan nya, dan tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak bakal mereka berduka cita.
113. Dan yahudi-yahudi berkata; “nescaya tidak atas sesuatu (jalan yang benar) “, dan nasrani berkata; “yahudi-yahudi tidak atas sesuatu (jalan yang benar)”,  pada hal mereka membaca kitab , bagitu juga orang-orang yang tidak mengetahui, berkata seperti perkataan mereka itu.   Keputusan diantara mereka itu, Maka Allah akan beri keputusan diantara mereka itu, pada hari kiamat, ditentang apa yang mereka berselisihan.
114. Dan bukankah tidak ada orang yang lebih anyanyai daripada siapa  yang menghalangi masjid-masjid Allah daripada disebut namanya disitu, serta berusaha pada membinasakan nya ? mereka ini tidak (harus) masuk kepada nya  melainkan dengan takut.  Mereka akan dapat kehinaan didunia dan adalah bagi mereka azab yang besar diakhirat.
115. Dan kepunyaan Allah lah timur dan barat. Lantaran itu, kemana sahaja kamu menghadap, maka disitu ada keredaan Allah kerana Allah itu luas (rahmatnya), amat mengetahui.
116. Dan mereka berkata; “Allah mempunyai anak”, maha suci ia !  bahkan ialah yang mempunyai apa-apa yang dilangit-langit dan bumi.  Kepada dia lah taat tiap-tiap sesuatu.
117. Yang mengadakan langit-langit dan bumi dengan  tidak bercontoh, dan apabila ia putuskan sesuatu, hanya ia berkata kepadanya: “jadilah” lantas sesuatu itu jadi.
118. Dan mereka yang tidak berpengetahuan itu berkata; “mengapakah Allah tidak berkata-kata kepada kami atau datang satu tanda kepada kami  ?”, begitu juga telah berkata orang-orang yang dahulu dari mereka, seperti perkataan mereka, bersamaan hati-hati mereka.  Sesungguhnya kami telah terangkan beberapa tanda untuk  kaum yang mahu percaya.
119. sesungguhnya kami telah utuskan mu dengan mambawa kebenaran, sebagai pengemar dan pengancam, dan engkau tidak akan diperiksa  dari hal  ahli-ahli neraka.
120. Dan orang-orang yahudi dan nasra tidak akan suka kepada mereka itu hingga engkau turut agama mereka; “sesungguh nya pertunjuk Allah itulah (sebenar-benar) petunjuk”. Dan sesungguhnya  jika engkau turut kemahuan-kemahuan mereka, sudah datang pengetahuan kepada mu, maka engkau tidak akan dapat dari Allah,  pengawal dan(tidak) pembantu.


121.  Orang-orang yang kami beri kitab kepada mereka pada hal mereka baca dia sebenar-benar bacaan, maka mereka inilah (dikatakan) beriman kepadanya, dan siapa-siapa yang tidak percaya kepadanya, maka ialah orang-orang yang rugi.
122. Hai nabi Ismail ! ingatlah nikmat ku yang aku telah  kurniakan atas kamu, dan (ingatlah) bahawa se nya aku telah muliakan kamu atas bangsa-bangsa lain.
123. Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang satu jiwa tidak akan dapat melepaskan sesuatu apa dari satu jiwa, dan tidak bakal diterima penebus daripadanya, dan tidak akan memberi  menafaat kepadanya satu safaat, dan mereka tidak akan diberi pertolongan.
124. Dan (ingatlah) tetakala Ibrahim diberi percubaan oleh Tuhan nya dengan beberapa perintah, lalu ia sempurnakan nya .  Ia berkata; “sesungguhnya aku hendak jadikan mu ketua bagi manusia”, ia bertanya; “dan dari anak cucu ku (juga)?”, ia jawab; “perjanjian ku tidak akan mengenai orang-orang yang zalim”.
125. Dan (ingatlah) tetekala kami jadikan rumah itu satu tempat berkumpul bagi manusia dan satu (tempat) keamanan, dan (kami berkata); “jadikan lah sebahagian dari makam Ibrahim itu tempat sembahayang” dan kami perintah kepada Ibrahim dan Ismail; “bahawa se nya hendaklah kamu bersihkan rumah ku itu untuk orang-orang yang  tawaf dan yang tinggal tetap dan yang rukut , yang sujud”.
126. Dan (ingatlah) tetakala Ibrahim berkata; “Ya Tuhan ku ! jadikan lah negeri (Mekah) ini satu negeri yang aman, dan kurniakan lah penduduk nya dengan buah-buahan, (iaitu) siapa-siapa yang beriman, dari antara mereka, kepada Allah dan hari kemudian”, (Allah) berkata; “tetapi barang siapa  yang kufur, maka aku akan beri kepadanya kesenangan sebentar, kemudian,  aku  akan tarik  dia kepada seksaan neraka, pada hal (iaitu)  sejahat-jahat tempat tujuan”.
127. Dan (ingatlah) tetakala Ibrahim dan Ismail mendirikan (tembok diatas) asas-asas dari rumah itu (sambil berkata); “Ya Tuhan kami ! terimalah (amal) dari kami, kerana sesungguhnya engkaulah pendengar, pengetahui”.
128. “Ya Tuhan kami ! dan jadikan lah kami berdua (ini) orang-orang yang menyerahkan diri kepada mu, dan (jadikan lah) dari anak cucu kami satu umat yang menyerah diri kepada mu, dan unjuk kan lah kepada kami cara-cara kami berbakti, dan ampunkan kami, kerana sesungguhnya engkau pengampun, penyayang”.
129, “Ya Tuhan kami ! dan bangkitkan lah diantara mereka itu seorang rasul dari (kaum) mereka, yang membacakan kepada mereka firman-firman mu dan mengajarkan kepada  mereka kitab itu dan kebijaksanaan dan membersihkan mereka, kerana sesungguh nya engkau lah yang gagah, yang bijak sana”.
130. Dan bukan kah tidak ada yang engkau dari agama Ibrahim itu melainkan orang yang membodohkan dirinya ? pada hal sesungguhnya kami telah pilih dia di dunia dan sesungguh nya di akhirat kelak, adalah ia seorang daripada mereka yang baik-baik.


131. (ingatlah) tetakala Tuhan nya berkata kepada nya; “serahkan lah diri mu“ ia menjawab “aku serahkan diriku kepada Tuhan bagi sekelian alam”.
132. Dan  telah  berpesan Ibrahim kepada anak-anak nya dan (juga) Yakub, (supaya mereka berpegang) dengan agama itu; “Hai anak-anak ku  sesungguhnya Allah telah tentukan agama itu untuk kamu, oleh yang demikian, jangan lah kamu mati melainkan didalam keadaan kamu jadi muslimin”.
133. Adakah kamu hadir tetakala Yakub hampir mati, waktu itu ia berkata kepada anak-anak nya; “apakah yang kamu akan sembah kemudian daripada ku ?”, mereka jawab; “kami akan sembah Tuhan mu dan Tuhan bagi bapa-bapa mu : Ibrahim dan Ismail dan Ishak, satu Tuhan yang tunggal, dan kepada  nya lah kami menyerah diri”.
134. Mereka itu satu umat yang telah lalu, mereka lah akan dapat apa  yang mereka telah kerjakan, dan kamulah yang akan dapat apa yang kamu telah kerjakan, dan kamu tidak akan diperiksa  dari hal apa yang mereka telah kerjakan.
135. Dan mereka berkata; “jadilah yahudi-yahudi atau nasrani, nescaya kamu dapat pertunjuk”, kata kan lah; “tidak bagitu ! bahkan (Taurat lah) agama Ibrahim yang lurus, dan bukan ia daripada mereka yang musrik”.
136. Katalah; “kami beriman kepada Allah, dan (kepada) apa yang telah diturunkan kepaa kami, dan (kepada) apa yang telah diturunkan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub dan anak cucu nya, dan (kepada) apa yang telah diberikan (kepada) Musa dan Esa, dan (kepada) apa yang diberikan  (kepada ) nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membezakan antara seseorang daripada mereka, dan kepada nya lah kami berserah diri”.
137. Maka sekiranya mereka itu beriman  sebagaimana kamu beriman, nescaya mereka terpimpin, dan jika mereka berpaling, nascaya tidak ada mereka melainkan didalam perpecahan, tetapi Allah akan selamatkan mu daripada (kejahatan) mereka,  kerana ialah pendengar, pengetahui.
138. “Pencelupan Allah ! dan siapakah yang lebih baik pencelupan nya daripada  Allah ? dan akan dia lah kami sembah”.
139. Katalah; “apakah kamu mahu membantah kami ditentang (urusan) Allah, pada hal iaitu Tuhan kami dan Tuhan Kamu, dan bagi kami lah amal-amal kami, dan bagi kamulah amal-amal kamu, dan kepada nya lah kami berikhlas ?
140. “atau apakah kamu (berani) berkata, bahawa Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub dan anak cucunya itu  adalah orang-orang yahudi atau nesara”,  katalah; “apakah kamu terlebih mengetahui atau kah Allah ? dan bukan kah tidak ada yang terlebih anyanya daripada orang yang menyembunyikan keterangan dari Allah yang ada padanya ?”, dan tidak sekali-sekali  Allah itu lalai daripada apa yang kamu kerjakan.


141. Mereka itu satu umat yang telah lalu, merekalah akan dapat apa yang merka telah kerjakan, dan kamulah akan dapat apa yang kamu telah kerjakan, dan kamu tidak akan  diperiksa dari hal apa yang mereka telah kerjakan. 


[Sebelum] [Selepas] [Rumah




Via, 
smartherbsgmxus@yahoo.com.my
(recovery; smartherbsgmxus@yahoo.com.my).
 



No comments:

Post a Comment