Al-Quran
Al-FATIHAH, 1.
Al-BAQARAH, 1~141.
Al-FATIHAH, 1.
Al-BAQARAH, 1~141.
.
{1} Al-Fatihah,
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Sekelian pujian-pujian
kepadaNya Allah, Tuhan bagi sekelian makhluk.
2. Pemurah, Penyayang.
3. Yang mempunyai hari pembalasan
4. Engkaulah yang kami
sembah, dan Engkaulah yang kami mintai pertolongan.
5. Unjuklah kepada kami
jalan yang lurus,
6. Iaitu jalan yang Engkau telah beri nikmat atasnya
7. Bukan mereka yang
dimurkai atasnya, dan bukan mereka yang sesat.
{2} Al-Baqarah (1~286),
Dengan nama Allah, Pemurah,
Penyayang.
1. Alif, Lam, Mim.
2. Kitab itu tidak ada
sebarang syak padanya, satu petunjuk jalan bagi orang-orang yang (mahu)
beriman.
3. Yang percaya kepada
qhaib, dan mendirikan sembahayang, dan mendermakan sebahagian daripada apa yang
kami telah kurniakan kepada mereka.
4. Dan percaya kepada apa
yang telah diturunkan kepadamu, dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu
daripada mu, dan mereka yakin kepada hari kemudian.
5. Mereka itu atas pimpinan
daripada Tuhan mereka, dan mereka itu ialah orang-orang yang dapat kejayaan.
6. Sesungguhnya orang yang
tidak (mahu) beriman itu sama sahaja atas mereka mahupun engkau ancam mereka atau pun engkau tidak
ancam mereka, tidak akan mereka beriman.
7. Allah telah patrikan
hati-hati mereka dan atas pendengaran mereka, dan atas pengelihatan mereka ada
tutupan, dan adalah bagi mereka azab yang besar.
8. Dan sebahagian deripada
manusia ada yang berkata; “kami telah
beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian”, pada hal mereka bukan
orang-orang yang beriman.
9. Mereka hendak memperdayakan
Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka tidak memperdayakan
melainkan diri-diri mereka (sendiri), sedang mereka tidak sadar.
10. Dihati-hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit
kepada mereka, dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih dengan sebab mereka
telah berdusta.
11. Dan apabila dikatakan
kepada mereka; “Janganlah kamu berbuat rusuh dibumi”, mereka jawab; “kami tidak
lain melainkan orang-orang yang berbuat perdamaian”.
12. Ketahuilah bahawa
sesungguhnya mereka itu ialah orang-orang yang berbuat perusuhan, tapi mereka tidak
sadar.
13. Dan apabila dikatakan
kepada mereka; “berimanlah sebagaimana orang-orang itu telah beriman”, mereka
berkata; “apakah kita (mesti) beriman sebagaimana orang-orang bodoh itu telah
beriman ?”, ketahuilah, bahawa sesungguhnya mereka itu ialah orang-orang yang
bodoh, tetapi mereka tidak tahu.
14. Dan apabila mereka
bertemu orang-orang yang beriman, mereka berkata; “kami telah beriman, tetapi
apabila bersendirian dengan syaitan-syaitan mereka, mereka berkata;
“sesungguhnya kami berserta kamu, sesungguhnya kami tidak lain melainkan
mengolok-olokkan (mereka itu).
15. Allah akan (balas)
memperolok-olokkan mereka dan akan biarkan mereka mengembara buta tuli didalam
kesesatan mereka yang melewati batas.
16. Mereka itu ialah
orang-orang yang membeli kesesatan dengan (harga) jalan yang lurus, lantaran
itu, tidak akan beruntung perdagangan mereka, dan mereka itu bukan orang-orang
yang terpimpin.
17. Perbandingan mereka itu
(adalah) sebagai perbandingan orang yang menyalakan api, maka tetakala api menerangi
apa-apa yang disekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya mereka, dan ia
biarkan mereka didalam gelap gelita (dengan) tidak melihat.
18. Yang tuli, yang bisu, yang buta. Lantaran itu, mereka tidak akan kembali.
18. Yang tuli, yang bisu, yang buta. Lantaran itu, mereka tidak akan kembali.
19. Atau seperti hujan lebat
dari langit yang ada padanya gelap gelita dan guruh dan kilat, sedangkan mereka
sumbatkan jari-jari mereka ditelinga-telinga mereka lantaran takut mati dari
(suara) petir-petir, tetapi Allah itu pengampun orang-orang yang kafir.
20. Hampir-hampir kilat itu menyambar
penglihatan-penghilatan mereka, tiap-tiap kali (kilat) itu menerangi mereka,
berjalanlah mereka padanya, dan apabila gelap buat mereka, berhentilah mereka,
dan jika Allah mahu, nescaya, berhentilah mereka, dan jika Allah mahu, nescaya
ia hilangkan pendengaran dan penglihatan-penglihatan mereka, kerana sesunggunya
Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
21. Hai manusia ! sembahlah
Tuhan kamu yang menjadikan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu,
supaya kamu terpelihara,
22. Yang menjadikan untuk
kamu, bumi ini (sebagai) hamparan, dan langit itu (sebagai) pendirian, dan ia
turunkan air dari langirt lalu dengan itu, ia terbitkan buah-buahan (sebagai)
rezeki untuk kamu, lantaran itu, janganlah kamu adakan skutu-skutu bagi Allah
pada hal kamu tahu.
23. Dan jika kamu ragu-ragu
ditentang apa yang kami telah turunkan
atas hamba kami, maka cubalah kamu bikin satu surah sebanding itu, dan ajaklah
pembantu-pembantu kamu, selain daripada Allah, jika memang kamu itu orang-orang
yang benar.
24. Lantas kalau kamu sudah
tidak dapat membuat, dan tidak akan dapat membuat, maka hendaklah kamu takut
kepada neraka yang bakaran nya itu manusia dan batu, yang disediakan untuk
orang-orang kafir.
25. Dan girangkanlah
orang-orang beriman dan mengerjakan pekerjaan yang baik-baik, bahawa senya
mereka akan dapat Syurga-syurga yang
mengalir padanya sungai-sungai, tiap-tiap kali diberi kepada satu pemberian
dari satu (macam) buah-buahan (syurga itu), mereka berkata; “Inilah yang telah
dijanjikan kepada kita lebih dahulu”, dan diberi kepada mereka (pemberian) itu
bermacam-macam, dan mereka akan dapat padanya jodoh-jodoh yang suci, dan mereka
akan kekal padanya.
26. Sesungguhnya Allah tidak
malu membikin perumpamaan apa sahaja (seperti) nyamuk atau sesuatu yang lebih
kecil daripadanya. Ada pun orang-orang beriman, maka mereka tahu bahawa se nya
(perumpamaan) itu benar dari Tuhan mereka, dan ada pun orang-orang yang kafir,
maka mereka berkata; “apakah yang dikehendaki oleh Allah dengan perumpamaan
ini?” ia dapati beberapa banyak (manusia) tersesat dengan (sebab) itu, dan ia
dapati beberapa banyak (manusia) terpimpin dengan itu, tetapi ia tidak dapati
tersesat dengannya melainkan orang-orang yang pasik.
27. Yang memecahkan
perjanjian Allah sesudah ditangguhkannya, dan memutuskan apa yang diperintah
oleh Allah supaya dihumban, dan membikin kebinasaan dibumi.
28. Bagaimana (bisa) kaum
kafir kepada Allah, pada hal dahulunya, kamu mati, lantas ia hidupkan kamu,
kemudian ia matikan kamu, kemudian ia akan hidupkkan kamu, kemuudian
kepadanyalah akan dikembalikan kamu-kamu.
29. Ialah yang telah jadikan
untuk kamu, sekelian yang ada dibumi, dan ia telah menghidup kepihak
atas, lalu ia jadikan dia tujuh langit, dan ia amat mengetahui tiap-tiap
sesuatu.
30. Dan (ingatlah) tetakala
Tuhan mu berkata kepada melaikat; “sesungguhnya
Aku hidup jadikan seseorang khalifah dibumi” maka berkata; “apakah
engkau mahu jadikan padanya makhluk yang akan berbuat bincana padanya dan akan
menumpahkan darah, pada hal kami
berbakti dengan memuji mu dan memuliakan mu ?” ia berkata; “sesungghnya aku
amat mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui.
31. Dan dia telah ajarkan
kepada Adam keterangan-keterangan itu semuanya, kemudian ia tunjuk kan benda-benda
itu kepada melaikat seraya berkata; “berilah tahu kepada ku keterangan-keterangan (bagi benda-benda)
ini jika memang kamu itu makhluk yang benar.
32. Mereka menjawab; “maha
cuci Engkau ! kami tidak mempunyai pengetahuan melainkan apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami,
kerana sesunggunya Engkaulah yang amat mengetahui, yang bijak sana”.
33. Ia berkata; “Hai adam !
khabarkanlah kepada mereka keterangan-keterangan (bagi benda-benda) itu”. Maka
setelah ia khabarkan kepada mereka keterangan-keterangan itu, ia berkata;
“bukankah aku telah berkata kepada kamu, bahawa senya aku amat mengetahui
rahsia langit-langit dan bumi, dan aku amat mengetahui apa-apa yang kamu
nyatakan dan apa-apa yang kamu
rahsiakan?”.
34. Dan (ingatlah) tetakala
kami berkata kepada melaikat; “tunduklah bagi adam”, maka mereka tunduk, tetapi
iblis enggan dan menyombong, kerana adalah ia daripada makhluk-makhluk yang kafir.
35. Dan kami berkata; “Hai
adam ! tinggal lah engkau dan isterimu, dijanah ini, dan makanlah daripada nya
sepuas-puasnya dan suka-suka kamu berdua, tetapi janganlah kamu berdua hampiri
pohon ini, kerana kamu berdua akan jadi orang-orang yang menginyayi”.
36. Maka syitan itu telah
gelincirkan mereka berdua daripada (taat) itu, hingga menyebabkan mereka berdua
dikeluarkan daripada keadaan (baik) yang mereka sudah ada padanya, dan kami
berkata; “pargilah kamu, didalam keadaan sebahagian daripada kamu jadi seteru
bagi sebahagian, dan kamu akan dapat
dibumi itu satu tempat ketetapan dan bekalan hingga satu masa”.
37. Sesudah itu, adam telah
terima apa perkataan dari Tuhan nya, lalu Ia ampunkan dia, kerana sesunggunya
Allah itu ialah pengampun, penyayang.
38. Kami berkata; “pergilah
sekelian dari (janah) itu, kemudian, jika datang kepada kamu satu pertujuk
daripada ku, maka sesiapa yang turut petunjuk itu, tidaklah ada ketakutan atas
mereka dan tidak akan mereka dukacita.
39. Dan orang-orang yang
kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu ialah ahli neraka yang akan
kekal padanya.
40. Hai bani Israel !
ingatlah nikmatKu yang Aku telah
kurniakan atas kamu, dan sempurnakanlah perjanjian ku, nescaya aku sempurnakan
perjanjian kamu, dan akulah semata-mata hendaknya kamu takuti.
41. Dan
hendaklah kamu beriman kepada barang yang aku telah turunkan, menyetujui apa
yang ada pada kamu dan janganlah kamu
jadi orang-orang yang mula-mula kufur kepadanya, dan janganlan kamu jual
perintah-perintah Ku dengan harga yang
sedikit, dan Akulah semata-mata hendaknya kamu takuti.
42. Dan
janganlah kamu samarkan yang benar dengan yang lencong, dan (janganlah) kamu
sembunyikan kebenaran, pada hal kamu ketahui.
43. Dan
dirikanlah sembahayang, dan keluarkanlah
zakat, dan tunduklah berserta orang-orang yang tunduk.
44. Adakah
(patut) kamu menyuruh manusia berbuat
kebaikan, pada hal kamu lupakan diri-diri kamu sedang kamu membaca kitab (agama kamu) kalau begitu,
apakah kamu tidak mengerti ?
45.
Dan mintalah pertolongan dengan sabar
dan (dengan) sembahayang, kerana sesungguhnya hal itu memang berat melainkan
atas orang-orang yang merendah diri.
46. Yang
percaya bahawa sesungguhnya mereka akan bertemu Tuhan mereka, dan (percaya)
bahawa sesungguhnya kepada Nya lah mereka akan kembali.
47. Hai
Bani Israel ingatlah nikmatKu yang pernah Aku kurniakan atas kamu, dan
(ingatlah) bahawa senya Aku pernah muliakan kamu atas bangsa-bangsa.
48. Dan
takutlah pada satu hari yang satu jiwa tidak akan dapat melepaskan sesuatu apa
pun daripada satu jiwa, dan tidak bakal diterima permohonan daripadanya dan
tidak bakal diterima penebusan daripada nya, dan mereka tidak akan diberi
pertolongan.
49. Dan
(ingatlah) tetakala kami selamatkan kamu daripada kaum firaun yang kenakan
kepada kamu seksaan yang pedih, (iaitu) mereka bunuh anak-anak lelaki kamu, dan
mereka biarkan hidup (anak-anak) perempuan kamu, pada hal ditentang yang
demikian, ada satu percubaan yang besar daripada Tuhan kamu.
50. Dan
(ingatlah) tetakala kami belahkan laut untuk kamu, lalu kami selamatkan kamu,
dan kami karamkan kaum firaun, sedang kamu melihat.
51. Dan (ingatlah) tetakala kami janjikan kepada
Musa empat puluh malam. Kemudian sudah ia (pergi), kamu sembah anak sapi itu,
kerana kamu orang-orang yang menganyayi.
52. Kemudian sesudah itu,
kami telah ampunkan kamu, supaya kamu menerima kasih.
53. Dan (ingatlah) tetakala
kami beri kepada Musa kitab itu dan (hari) ketentuan supaya kamu terpimpin.
54. Dan (ingatlah) tetakala
Musa berkata kepada kaumnya; “hai kaumku ! sesungguhnya kamu telah menganyayi
diri-diri kamu. Dengan sebab menyembah anak sapi. Lantaran itu, mintalah ampun kepada Tuhan kamu dan bunuhlah
diri-diri kamu : yang demikian itu, baik buat kamu pada sisi Tuhan kamu”
lantas ia ampunkan kamu, kerana sesungguhnya ialah pengampun, penyayang.
55. Dan (ingatlah) tetakala
kamu berkata; “hai Musa ! tidak akan kami beriman kepada mu hingga kami lihat
Allah dengan terang” lantaran itu, kamu ditimpa gempa, pada hal kamu melihat.
56. Kemudian, kami
bangkitkan kamu daripada maut kamu, supaya kamu menerima kasih.
57. Dan kami telah teduhkan
diatas kamu (dengan) mega, dan kami
telah turunkan atas kamu MAN dan SALWA; “makanlah sebahagian dari
(makanan-makanan) baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan mereka itu
tidak menganyai diri-diri mereka sendiri.
58. Dan (ingatlah) tetakala
kami berkata; “masuklah kenegeri ini,
lalu makanlah daripadanya sebahagian kamu kehendaki sepuas-puasnya, dan
masuklah kepintu (nya) dengan merendah diri, dan mintalah keampunan dosa,
nescaya kami ampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu, dan nanti kami tambah
(ganjaran) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.
59. Lantas orang-orang yang
durhaka itu gantikan perintah (dengan perbuatan) yang tidak diperintahkan
kepada mereka, lalu kami turunkan atas orang-orang yang derhaka itu seksaan
dari langit dengan sebab mereka melanggar (perintah).
60. Dan (ingatlah) tetakala
Musa mintakan air bagi kaumnya, maka kami berkata; “pukul lah batu itu dengan
tongkat mu” lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya
tiap-tiap satu golongan itu tahu tempat minum nya; “makan dan minumlah daripada pemberian Allah,
dan janganlah kamu melewati batas, membikin rusuh dibumi”.
61. Dan (ingatlah) tetakala
kamu berkata; “Hai Musa ! kami tidak bakal tahan sabar dengan satu macam
makanan, oleh sebab itu, serulah Tuhan mu, kerana kami, supaya ia beri bagi
kami (bahagian) daripada apa yang diterbitkan oleh bumi, dari sayurnya dan timun nya dan bawang putih nya
dan kacang nya dan bawang merah nya. Ia
berkata; “Adakah (patut) kamu menukar yang amat hina dengan yang amat baik ?”, “masuklah kesatu negeri, maka kamu akan dapati
(disana) apa yang kamu minta”, dan diturunkan
atas mereka itu kehinaan dan kerendahan, dan patutlah sudah mereka dapat
kermurkaan dari Allah, yang demikian itu ialah dengan sebab mereka kufur kepada
perintah Allah dan mereka bunuh Nabi-nabi dengan tidak benar, yang demikian ini ialah dengan sebab mereka
durhaka dan mereka melewati batas.
62. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
beragama yahudi dan nasrani dan orang yang menukar agama, barang siapa (dari
mereka) beriman kepada Allah dan hari kemudian dan mengerjakan amal yang baik,
maka mereka akan dapat ganjaran mereka dari Tuhan mereka, dan tidak ada
sebarang ketakutan atas mereka dan tidak bakal mereka dukacita.
63. Dan (ingatlah) tetakala
kami bikin perjanjian dengan kamu, pada hal kami telah tinggikan gunung itu
diatas kamu; “peganglah sungguh-sungguh apa yang kami beri kepada kamu, dan
perhatikanlah apa yang ada padanya, supaya kamu terpilihara daripada kejahatan.
64. Kemudian, sesudah yang demikian, kamu berpaling, maka sekiranya
tidak ada kurnia Allah dan kasihan nya atas kamu, nescaya adalah kamu
sebahagian daripada orang-orang yang rugi.
65. Dan sesungguhnya kamu
telah mengetahui orang-orang yang melanggar perintah pada hari kelapangan,
lantas kami berkata mereka; “jadilah kera-kera yang dibenci”.
66. Maka kami
jadikan(kaum-kaum) itu suatu contoh bagi mereka yang semasa dengannya dan bagi
yang dibelakang daripadanya, dan sebagai suatu peringatan bagi orang-orang yang
berbakti.
67. Dan (ingatlah) tetakala
Musa berkata kepada kaumnya; “sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu
sembelih seekor sapi betina”. Mereka
berkata; “adakah engkau jadikan kami ini permainan-permainan”, ia jawab; “aku berlindung kepada Allah daripada jadi
seorang dari mereka yang bodoh”.
68. Mereka berkata; “serulah
Tuhan mu, kerana kami, supaya ia terangkan kepada kami bagaimana (umur)
sapi”, ia berkata; “bahawa se nya ia
beriman”, “sesungguhnya iaitu sapi betina yang tidak sangat tua dan tidak sangat
muda, yang serdahana antara yang tersebut, maka kerjakan lah apa yang kamu
diperintah.
69. Mereka berkata; “serulah
Tuhan mu, kerana kami, supaya ia terangkan kepada kami apa warna nya”, ia
berkata; “bahawa se nya ia berfirman; “sesungguhnya yaitu sapi betina yang
kuning warna nya kuning sangat, menyenangkan mereka melihat nya”.
70. Mereka berkata; “serulah
Tuhan mu, kerana kami, supaya ia terangkan kepada kami bagaimana (hal) sapi
itu, kerana sesungguhnya sapi-sapi itu
kesamaran kepada kami, dan sesunggunya kami jika dikenendaki oleh Allah akan
dapat pertunjuk kan”.
71. Ia berkata; “bahawa se nya ia berfirmah:
“sesungguhnya iaitu sapi betina yang tidak digunakan untuk menenggala tanah,
dan tidak membuat sawah, tidak ada bercacat, tidak ada belang padanya, mereka
berkata: “sekarang engkau telah unjuk kan keterangan” lalu mereka sembelih akan
dia, pada hal hampir-hampir mereka tidak kerjakan.
72. Dan (ingatlah) tetakala
kamu bunuh sesuatu jiwa, kemudian kamu bertuduh-tudahan tentang itu, pada hal
Allah hendak keluarkan apa yang kamu sembunyikan.
73. Maka kami berkata; “pukullah dia dengan sebahagian daripada itu”.
Bagitulah (mudah) Allah menghidupkan orang-orang yang mati, dan (bagitulah ia)
menunjukkan kepada kamu kekuasaan nya, supaya kamu mengerti.
74. Kemudian sesudah itu,
hati-hati kamu jadi keras, maka iaitu seperti batu-batu atau terlebih sangat
keras, pada hal sesungguhnya sebahagian daripada batu-batu ada yang terpancar
daripadanya beberapa aliran air, dan sesungghnnya sebahagian beberapa aliran
air, dan sesungguhnya sebahagian daripada nya ada yang terbelah, lantas keluar
air daripadanya, dan sesungguhnya sebahagian daripadanya ada yang runtuh kerana
takut kepada Allah, sedang Allah tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
75. Maka adakah kamu harap, bahawa mereka itu akan turut
kepada kamu, pada hal sesungguhnya telah ada sebahagian daripada mereka itu
mendengar firman Allah, kemudian mereka ubah akan dia sesudah mereka mengerti,
sedang mereka mengetahui ?
76. Dan apabila mereka
bertemu orang-orang yang beriman, mereka berkata; “kami telah beriman” dan apabila sebahagian
daripada mereka berjumpa dengan sebahagian mereka berkata; “Adakah patut kamu
ceritakan kepada mereka itu apa yang
telah diterangkan oleh Allah kepada kamu, kerana dengan itu, nanti mereka
mendakwa kamu dihadpan Tuhan kamu ?, Apakah
kamu tidak berfikiran ?”.
77. Pada hal tidak kah
mereka ketahui bahawa se nya Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan
apa yang mereka terangkan ?
78. Dan sebahagian daripada
mereka itu, orang-orang yang tidak kenal tulisan, tidak mereka tahu (apa yang
dikatakan) kitab (agama) melainkan dongengan-dongengan, dan tidak mereka
(berpengetahuan) melainkan mereka sangka-sangka.
79. Maka kecelakaan itu bagi
orang-orang yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata; “ini dari sisi
Allah”, kerana mereka hendak mendapat, dengan itu, sedikit wang, maka
kecelakaan itu (tetap) bagi mereka. Oleh
sebeb apa yang telah ditulis oleh tangan-tangan mereka, dan kecelakaan itu (tetap) bagi mereka,
lantaran (hasil) yang mereka dapat.
80. Dan mereka berkata; “api
(neraka) itu tidak bakal menyentuh kami melainkan beberapa hari sahaja”.
Tanyalah; “sudahkah kamu bikin perjanjian pada sisi Allah, yang oleh itu, Allah
tidak akan menyalahi janjinya, atau kah
kamu bikin palsu atas (nama) Allah, (khabaran) yang kamu (sendiri) tidak tahu
?”.
81. Tidak bagitu ! (tetapi)
barang siapa mengerjakan kejahatan, pada hal dosanya meliputi akan dia, maka
orang-orang ahli neraka yang mereka akan kekal padanya.
82. Dan orang-orang yang
telah beriman serta kerjakan (pekerjaan) yang baik-baik itu ialah ahli syurga
yang mereka akan kekal pada nya.
83. Dan (ingatlah) tetakala
kami bikin perjanjian dengan bani
Isreal; “tidak boleh kamu sembah melainkan Allah, dan buatlah kebaikan
kepada ibu bapa dan keluarga yang hampir dan anak-anak yatim dan orang-orang
miskin, dan ucapkan lah perkataan yang baik-baik kepada manusia, dan dirikanlah
sembahayang dan keluarkan lah zakat”.
Kemudian, kamu berpaling -- kecuali sebahagian kecil daripada kamu --
pada hal kamu tidak memperdulikan.
84. Dan (ingatlah) tetakala
kami bikin perjanjian dengan kamu; “tidak boleh kamu tumpahkan darah (diantara)
kamu, dan tidak boleh kamu keluarkan kaum kamu daripada kampung-kampung kamu”.
Kemudian, kamu telah sanggup, padahal kamu menyaksikan.
85. Kemudian, kamu (ini)
serupa mereka itu, kamu bunuh (kaum)
kamu, dan kamu keluarkan sebahagian daripada (kaum) kamu dari kampung-kampung
mereka, kamu berbantu-bantuan (dengan orang-orang lain) atas mencelakakan
mereka itu dengan anyayai dan melewati batas, pada hal jika mereka datang
kepada kamu sebagai orang-orang tawanan,
lantas kamu tebus akan mereka, sedang mengeluarkan mereka itu telah diharamkan
atas kamu. Apakah kamu percaya sebahagian (sahaja) daripada kitab dan tidak
percaya sebahagian (lain) ? Oleh sebab itu, bukankah tidak ada balasan bagi
orang-orang yang berbuat demikian, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia
ini, dan pada hari kiamat, dicampakkan mereka kedalam sepayah-payah
seksaan ? dan tidak (sekali-sekali) Allah lalai dari apa yang kamu
kerjakan.
86. Mereka itu orang-orang
yang membeli kehidupan dunia (ini) dengan (harga) akhirat, oleh itu tidak bakal
diringankan seksaan daripada mereka, dan mereka tidak bakal diberi pertolongan.
87. Dan sesungguhnnya kami
telah beri kitab kepada Musa, dan kami
iringkan dibelakang nya dengan beberapa rasul, dan kami telah beri
keterangan-keterangan yang nyata kepada Isa anak Mariam, dan kami telah kuatkan
dia dengan roh al-kudus. Maka adakah (patut) tiap-tiap kali datang
kepada kamu seorang rasul dengan
(membawa) apa yang tidak disukai
oleh nafsu-nafsu kamu, lantas kamu menyumbong, iaitu kamu dustakan sebahagian nya dan kamu bunuh sebahagian ?
88. Mereka berkata;
“hati-hati kami (ini) perbendaharaan (ilmu), dilaknat oleh Allah dengan sebab
kekufuran mereka oleh itu sedikit sekali mereka beriman.
89. Dan tetakala datang
kepada mereka itu sebuah kitab dari Allah, yang
menyetujui (khabaran) yang ada pada mereka – pada hal sebalum ini, biasa
mereka memohon kemenangan (dari Allah) untuk mencelakakan orang-orang kafir –
maka tetakala datang kepada mereka apa yang mereka kenal (kebenaran nya). Oleh itu, kemurkaan Allah
(turun) atas orang-orang yang kafir.
90. Alangkah busuknya
(harga) yang dengan itu mereka jual diri-diri mereka, iatu bahawa mereka kufur
kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki, bahawa Allah
turunkan wahyu nya kepada orang-orang yang ia kehendaki daripada hamba-hamba
nya. Oleh itu, pantaslah mereka mendapat kemurkaan atas
kemurkaan, dan orang-orang kafir itu akan mendapat seksaan yang pedih.
91. Dan apabila dikatakan kepada
mereka; “berimanlah kepada (agama) yang diturunkan oleh Allah”, mereka
menjawab; “kami (mahu) beriman (hanya)
kepada apa yang diturunkan kepada kami “, dan mereka tidak mahu percaya yang lain dari itu, pada hal iaitu yang
sebenarnya menyetujuinya (kabaran) yang
ada di (kitab) mereka. Tanyalah; “kalau bagitu, mengapakah kamu bunuh
pesuruh-pesuruh Allah dahulu dari ini jika memang kamu itu orang-orang yang
beriman ?
92. Dan sesungguhnya telah
datang Musa kepada kamu dengan (membawa) beberapa keterangan, kemudian, sesudah
ia (pergi), lalu kamu sembah akan sapi, lantaran kamu orang-orang yang
menganyayai.
93. Dan (ingatlah) tetakala
kami bikin perjanjian dengan kamu, pada hal kami telah tinggikan gunung itu
diatas kamu; “peganglah dengan sungguh-sunguh apa yang kami beri kepada kamu,
dan turutlah”. Mereka berkata; “kami
dengar dan kami derhaka” kerana telah dimeserakan akan (ibadat) anak sapi itu
dihati-hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakan lah; “alangkah busuknya (ibadat)” yang
agama kamu perintah kamu kerjakan dia,
jika memang kamu itu orang-orang yang beriman!”.
94. Katakan lah; “jika
memang (kesenangan) negeri akhirat
disisi Allah itu, tertentu untuk kamu, tidak bagi orang-orang (lain), maka
(cubalah) kamu cita-cita kematian, jika memang kamu itu orang-orang benar.
95. Dan tidak bakal mereka
cita-cita (kematian) itu sekali-sekali dengan sebab apa yang telah dikerjakan
oleh tangan-tangan mereka, dan Allah itu amat mengetahui orang-orang yang
menganyanyai.
96. Dan sesungguhnya engkau
akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia atas (mahu) hidup, dan (lebih
tamak) daripada orang-oranng yang musrik, suka seseorang daripada mereka itu
supaya dipanjangkan umurnya seribu tahun, pada hal panjang umurnya itu tidak
akan menjauhkan dia dari (kena) seksa, dan Allah amat melihat apa yang mereka
kerjakan.
97. Katakan lah; “barang
siapa jadi musuh bagi Jibril (maka celakalah dia), kerana sesungguhnya ia
turunkan (quran) itu dihatimu dengan perintah Allah menyetujui (isi kitab) yang
ada dihadapan nya, dan (sebagai) satu petunjukkan dan satu khabaran gembira
bagi orang-orang mukmin”.
98. Barang siapa jadi musuh
bagi Allah dan melaikatnya dan rasul-rasul nya dan jibril dan mikail, maka
sesungguhnya Allah itu musuh bagi orang-orang yang kafir.
99. Dan sesungguhnya kami
telah turunkan kepada mu beberapa keterangan yang nyata, dan tidak akan kufur
kepadanya melainkan orang-orang yang derhaka.
100. Dan adakah (patut)
tiap-tiap kali mereka bikin satu
perjanjian, (lantas) dilimparkan oleh segulungan daripada mereka ? bahkan
kebanyakan dari mereka itu tidak beriman.
101. Dan tetakala datang
kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah yang menyetujui (khabaran) yang ada
(kitab) mereka (tiba-tiba) segolongan daripada orang-orang yang diberi kitab itu membuang kitab Allah kesebelah belakang mereka, seolah-olah mereka
tidak mengetahui.
102. Dan mereka turut
apa-apa yang diceritakan oleh syaitan-syaitan ditentang kerajaan Sulaiman, pada
hal Sulaiman tidak kufur, tetapi syaitan-syaitan itu yang kufur. Mereka ajarkan (ilmu) sihir kepada manusia, dan (ilmu) yang
diturunkan kepada dua orang Malik di Babil, (bernama) Harut dan Marut, pada hal
mereka berdua tidak mengajar seseorang melainkan sesudah berkata; “kami ini
tidak lain melainkan satu percubaan. Lantaran itu, janganlah engkau kufur”.
Tetapi mereka belajar daripada dua orang (mulk) itu (ilmu) buat menceraikan
antara suami dan isteri nya. Dan mereka
tidak bisa membahayakan sesoang melainkan
dengan izin Allah, tetapi mereka telah belajar apa yang membahayakan
mereka dan tidak memberi manfaat bagi mereka, pada hal mereka itu tahu, bahawa se nya orang yang
menggunakan (sihir) itu tidak mempunyai
bahagian baik di akhirat, dan alangkan busuknya suatu (harga) yang dengan itu
mereka jual diri-diri mereka, jika mereka tahu.
103. Pada hal jika
sesungguhnya mereka beriman dan berbakti, nescaya adalah ganjaran dari Allah itu terlebih baik,
jika mereka tahu.
104. Hai orang yang beriman
! janganlah kamu berkata; “tunggu
sembentar” tetapi katalah “berilah tempoh kepada kami” dan dengarlah, kerana
adalah bagi orang-orang kafir itu seksaan yang pedih.
105. Orang-orang kafir dari
ahli kitab dan orang-orang musrikin
tidak suka bahawa diturunkan atas kamu kebaikan dari Tuhan kami, pada hal Allah
menguntukkan rahmatnya atas siapa-siapa yang ia
sukai, kerana Allah itu mempunyai pemberian yang luas.
106. Mana-mana ayat yang
kami mansuhkan dia atau kami lupakan dia, kami gantikan dengan yang lebih baik
daripadanya atau serupanya. Tidak kah engkau ketahui, bahawa se nya Allah itu
amat berkuasa atas tiap-siap sesuatu ?
107. Tidakkah engkau ketahui
bahawa se nya Allah lah yang mempunyai kerajaan langit-langit dan bumi, dan
kamu tidak mempunyai pengawal dan
penolong lain daripada Allah ?
108. Apakah kamu hendak
bertanya kepada Rasul kamu sebagaimana ditanya Musa dahulu dari ini, pada hal
barang siapa menukar iman dengan kekufuran, maka sesungguhnya sesatlah ia
(dari) jalan yang lurus ?
109. Kebanyakan dari ahli
kitab yang suka hendak memalingkan kamu jadi kafir sesudah kamu beriman,
lantaran dengki dari hati-hati mereka sesudah ternyata kebenaran kepada mereka,
lantaran itu, ampunkan lah dan biarkan lah hingga Allah unjukkan kekuasaan nya,
kerana sesungguhnya Allah itu amat
berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
110. Dan dirikan lah
sembahyang dan keluarkan lah zakat, kerana apa-apa amal baik yang kamu sediakan
untuk diri-diri kamu, nanti kamu dapati (ganjaran) – nya disisi Allah, kerana sesungguhnya Allah itu
amat melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
111. Dan mereka berkata; “tidak akan masuk syurga
melainkan siapa-siapa yang jadi yahudi
atau nasrani”. Yang demikian itu
(hanyalah) angan-angan mereka. Katakan lah “unjuk kan lah keterangan kamu jika memang
kamu orang-orang yang benar”.
112. Bahkan barang siapa
serahkan dirinya kepada Allah, pada hal ia berbuat baik, maka ia akan dapat
ganjaran nya disisi Tuhan nya, dan tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak
bakal mereka berduka cita.
113. Dan yahudi-yahudi
berkata; “nescaya tidak atas sesuatu (jalan yang benar) “, dan nasrani berkata;
“yahudi-yahudi tidak atas sesuatu (jalan yang benar)”, pada hal mereka membaca kitab , bagitu juga
orang-orang yang tidak mengetahui, berkata seperti perkataan mereka itu. Keputusan diantara mereka itu, Maka Allah
akan beri keputusan diantara mereka itu, pada hari kiamat, ditentang apa yang
mereka berselisihan.
114. Dan bukankah tidak ada
orang yang lebih anyanyai daripada siapa
yang menghalangi masjid-masjid Allah daripada disebut namanya disitu,
serta berusaha pada membinasakan nya ? mereka ini tidak (harus) masuk kepada
nya melainkan dengan takut. Mereka akan dapat kehinaan didunia dan adalah
bagi mereka azab yang besar diakhirat.
115. Dan kepunyaan Allah lah
timur dan barat. Lantaran itu, kemana sahaja kamu menghadap, maka disitu ada
keredaan Allah kerana Allah itu luas (rahmatnya), amat mengetahui.
116. Dan mereka berkata;
“Allah mempunyai anak”, maha suci ia !
bahkan ialah yang mempunyai apa-apa yang dilangit-langit dan bumi. Kepada dia lah taat tiap-tiap sesuatu.
117. Yang mengadakan
langit-langit dan bumi dengan tidak
bercontoh, dan apabila ia putuskan sesuatu, hanya ia berkata kepadanya:
“jadilah” lantas sesuatu itu jadi.
118. Dan mereka yang tidak
berpengetahuan itu berkata; “mengapakah Allah tidak berkata-kata kepada kami
atau datang satu tanda kepada kami ?”,
begitu juga telah berkata orang-orang yang dahulu dari mereka, seperti perkataan
mereka, bersamaan hati-hati mereka.
Sesungguhnya kami telah terangkan beberapa tanda untuk kaum yang mahu percaya.
119. sesungguhnya kami telah
utuskan mu dengan mambawa kebenaran, sebagai pengemar dan pengancam, dan engkau
tidak akan diperiksa dari hal ahli-ahli neraka.
120. Dan orang-orang yahudi
dan nasra tidak akan suka kepada mereka itu hingga engkau turut agama mereka;
“sesungguh nya pertunjuk Allah itulah (sebenar-benar) petunjuk”. Dan
sesungguhnya jika engkau turut kemahuan-kemahuan
mereka, sudah datang pengetahuan kepada mu, maka engkau tidak akan dapat dari
Allah, pengawal dan(tidak) pembantu.
121. Orang-orang yang kami beri kitab kepada
mereka pada hal mereka baca dia sebenar-benar bacaan, maka mereka inilah
(dikatakan) beriman kepadanya, dan siapa-siapa yang tidak percaya kepadanya,
maka ialah orang-orang yang rugi.
122. Hai nabi Ismail !
ingatlah nikmat ku yang aku telah
kurniakan atas kamu, dan (ingatlah) bahawa se nya aku telah muliakan
kamu atas bangsa-bangsa lain.
123. Dan hendaklah kamu
takut kepada satu hari yang satu jiwa tidak akan dapat melepaskan sesuatu apa
dari satu jiwa, dan tidak bakal diterima penebus daripadanya, dan tidak akan
memberi menafaat kepadanya satu safaat,
dan mereka tidak akan diberi pertolongan.
124. Dan (ingatlah) tetakala
Ibrahim diberi percubaan oleh Tuhan nya dengan beberapa perintah, lalu ia
sempurnakan nya . Ia berkata;
“sesungguhnya aku hendak jadikan mu ketua bagi manusia”, ia bertanya; “dan dari
anak cucu ku (juga)?”, ia jawab; “perjanjian ku tidak akan mengenai orang-orang
yang zalim”.
125. Dan (ingatlah) tetekala
kami jadikan rumah itu satu tempat berkumpul bagi manusia dan satu (tempat)
keamanan, dan (kami berkata); “jadikan lah sebahagian dari makam Ibrahim itu
tempat sembahayang” dan kami perintah kepada Ibrahim dan Ismail; “bahawa se nya
hendaklah kamu bersihkan rumah ku itu untuk orang-orang yang tawaf dan yang tinggal tetap dan yang rukut ,
yang sujud”.
126. Dan (ingatlah) tetakala
Ibrahim berkata; “Ya Tuhan ku ! jadikan lah negeri (Mekah) ini satu negeri yang
aman, dan kurniakan lah penduduk nya dengan buah-buahan, (iaitu) siapa-siapa
yang beriman, dari antara mereka, kepada Allah dan hari kemudian”, (Allah)
berkata; “tetapi barang siapa yang
kufur, maka aku akan beri kepadanya kesenangan sebentar, kemudian, aku
akan tarik dia kepada seksaan
neraka, pada hal (iaitu) sejahat-jahat
tempat tujuan”.
127. Dan (ingatlah) tetakala
Ibrahim dan Ismail mendirikan (tembok diatas) asas-asas dari rumah itu (sambil
berkata); “Ya Tuhan kami ! terimalah (amal) dari kami, kerana sesungguhnya
engkaulah pendengar, pengetahui”.
128. “Ya Tuhan kami ! dan
jadikan lah kami berdua (ini) orang-orang yang menyerahkan diri kepada mu, dan
(jadikan lah) dari anak cucu kami satu umat yang menyerah diri kepada mu, dan
unjuk kan lah kepada kami cara-cara kami berbakti, dan ampunkan kami, kerana
sesungguhnya engkau pengampun, penyayang”.
129, “Ya Tuhan kami ! dan
bangkitkan lah diantara mereka itu seorang rasul dari (kaum) mereka, yang
membacakan kepada mereka firman-firman mu dan mengajarkan kepada mereka kitab itu dan kebijaksanaan dan
membersihkan mereka, kerana sesungguh nya engkau lah yang gagah, yang bijak
sana”.
130. Dan bukan kah tidak ada
yang engkau dari agama Ibrahim itu melainkan orang yang membodohkan dirinya ?
pada hal sesungguhnya kami telah pilih dia di dunia dan sesungguh nya di
akhirat kelak, adalah ia seorang daripada mereka yang baik-baik.
131. (ingatlah) tetakala
Tuhan nya berkata kepada nya; “serahkan lah diri mu“ ia menjawab “aku serahkan
diriku kepada Tuhan bagi sekelian alam”.
132. Dan telah
berpesan Ibrahim kepada anak-anak nya dan (juga) Yakub, (supaya mereka
berpegang) dengan agama itu; “Hai anak-anak ku
sesungguhnya Allah telah tentukan agama itu untuk kamu, oleh yang
demikian, jangan lah kamu mati melainkan didalam keadaan kamu jadi muslimin”.
133. Adakah kamu hadir
tetakala Yakub hampir mati, waktu itu ia berkata kepada anak-anak nya; “apakah
yang kamu akan sembah kemudian daripada ku ?”, mereka jawab; “kami akan sembah
Tuhan mu dan Tuhan bagi bapa-bapa mu : Ibrahim dan Ismail dan Ishak, satu Tuhan
yang tunggal, dan kepada nya lah kami
menyerah diri”.
134. Mereka itu satu umat
yang telah lalu, mereka lah akan dapat apa
yang mereka telah kerjakan, dan kamulah yang akan dapat apa yang kamu
telah kerjakan, dan kamu tidak akan diperiksa
dari hal apa yang mereka telah kerjakan.
135. Dan mereka berkata;
“jadilah yahudi-yahudi atau nasrani, nescaya kamu dapat pertunjuk”, kata kan
lah; “tidak bagitu ! bahkan (Taurat lah) agama Ibrahim yang lurus, dan bukan ia
daripada mereka yang musrik”.
136. Katalah; “kami beriman
kepada Allah, dan (kepada) apa yang telah diturunkan kepaa kami, dan (kepada)
apa yang telah diturunkan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub dan
anak cucu nya, dan (kepada) apa yang telah diberikan (kepada) Musa dan Esa, dan
(kepada) apa yang diberikan (kepada )
nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membezakan antara seseorang daripada
mereka, dan kepada nya lah kami berserah diri”.
137. Maka sekiranya mereka
itu beriman sebagaimana kamu beriman, nescaya
mereka terpimpin, dan jika mereka berpaling, nascaya tidak ada mereka melainkan
didalam perpecahan, tetapi Allah akan selamatkan mu daripada (kejahatan)
mereka, kerana ialah pendengar,
pengetahui.
138. “Pencelupan Allah ! dan
siapakah yang lebih baik pencelupan nya daripada Allah ? dan akan dia lah kami sembah”.
139. Katalah; “apakah kamu
mahu membantah kami ditentang (urusan) Allah, pada hal iaitu Tuhan kami dan
Tuhan Kamu, dan bagi kami lah amal-amal kami, dan bagi kamulah amal-amal kamu,
dan kepada nya lah kami berikhlas ?
140. “atau apakah kamu
(berani) berkata, bahawa Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub dan anak
cucunya itu adalah orang-orang yahudi
atau nesara”, katalah; “apakah kamu
terlebih mengetahui atau kah Allah ? dan bukan kah tidak ada yang terlebih
anyanya daripada orang yang menyembunyikan keterangan dari Allah yang ada
padanya ?”, dan tidak sekali-sekali
Allah itu lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
141. Mereka itu satu umat
yang telah lalu, merekalah akan dapat apa yang merka telah kerjakan, dan
kamulah akan dapat apa yang kamu telah kerjakan, dan kamu tidak akan diperiksa dari hal apa yang mereka telah
kerjakan.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah]
[Sebelum] [Selepas] [Rumah]
Via,
smartherbsgmxus@yahoo.com.my
(recovery; smartherbsgmxus@yahoo.com.my).